Karies gigi lebih dikenali sebagai 'gigi berlubang' di
kalangan masyarakat kita. Masalah ini boleh dialami oleh semua golongan
masyarakat tidak kira kanak-kanak atau dewasa.Ianya boleh berlaku pada
gigi kekal dan gigi susu.
![]() |
![]() |
|
Gambar menunjukan karies gigi kekal (gigi hadapan dan gigi geraham)
|
||
![]() |
![]() |
|
Gambar menunjukan karies gigi susu ( gigi hadapan dan gigi geraham)
|
Bagaimana karies gigi boleh terjadi?
Pada kebiasaannya bakteria sentiasa terbentuk di atas permukaan gigi
dalam rongga mulut dalam bentuk satu lapisan nipis yang dikenali sebagai
plak. Perubahan di dalam persekitaran rongga mulut seperti suhu, pH
dan sistem ketahanan badan boleh mengganggu hubungan simbiotik normal
dan boleh menambah risiko penyakit pergigian.
Setiap kali selepas mengambil makanan, bakteria yang ada di dalam plak
akan bertindakbalas dengan gula yang ada di dalam makanan untuk
menghasilkan asid. Asid yang terhasil akan bertindak ke atas permukaan
gigi dan melembutkannya melalui proses demineralisasi. Sekiranya asid
yang terhasil tidak di neutralkan, proses demineralisasi akan berterusan
mengakibatkan terjadi karies.
Tanda-tanda karies
- Perubahan warna gigi (bintik putih atau bintik hitam)
- Liang-liang kecil pada permukaan gigi
- Lubang yang ketara
- Makanan mudah melekat pada permukaan gigi.
- Rasa sakit dan sengal bila minum air panas dan sejuk
Kawasan permukaan gigi yang mudah terjejas kepada kejadian karies adalah
- Celah - celah gigi hadapan dan belakang
- Kawasan gigi yang berlapis
- Permukaan gigi geraham
Jenis karies

- Karies dibahagian lapisan enamel
- Karies dibahagian lapisan enamel dan dentin
- Karies yang telah merebak ke dalam lapisan pulpa
- Karies bahagian akar
Rawatan untuk karies
-
Karies melibatkan lapisan enamel (karies awal)
Biasanya tidak sakit.Kerosakan struktur gigi sukar dilihat dengan mata kasar.Rawatan :- Rawatan pencegahan dengan sapuan bahan fluorida
-
Tampalan mudah jika lubang agak ke atas.
-
Karies yang melibatkan lapisan dentin
Biasanya sakit dan senggal ketika makan atau berkumur dan lubang kelihatan lebih ketara dan dalam. Rawatan yang disyorkan adalah tampalan secepat mungkin.
-
Karies yang melibatkan bahagian pulpa
Pesakit akan mengalami sakit yang teruk dan berdenyut.Sekiranya dibiarkan sahaja infeksi boleh merebak kebahagian akar gigi.Boleh mengakibatkan gusi bernanah.Gigi akan mati dan memerlukan rawatan salur akar dan tampalan seterusnya.Dalam keadaan dimana struktur gigi sudah banyak rosak, korona baru perlu dibuat.
Bagaimana mencegah karies ?
-
Amalkan tabiat pemakanan sihat dengan:
- Kurangkan kekerapan mengambil makanan di antara waktu makan utama.
- Kurangkan pengambilan makanan bergula dan melekit
-
Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan kordial
-
Penjagaan higin mulut yang betul
- Memberus gigi secara berkesan setiap kali selepas makan dan sebelum tidur
- Gunakan ubat gigi berfluorida bagi membantu menguatkan gigi
-
Gunakan flos bagi pembersihan di antara celah-celah gigi.
- Pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun agar rawatan pencegahan dapat dijalankan
- Sekiranya memerlukan rawatan, datanglah segera ke klinik gigi.
Sumber:

Tidak ada komentar:
Posting Komentar